Monday, December 4, 2017

Aktiviti Sastera

SIRI KULIAH KESUSASTERAAN BANDINGAN MASTERA XX 2017
“ SASTERA BANDINGAN: MENGUNGKAP PERMASALAHAN SOSIOBUDAYA TEMPATAN”
Oleh:
MAMAN S MAHAYANA
Tarikh:  21 November 2017 (Selasa)
Masa:  9.00 Pagi – 1.00 Tengah Hari
Tempat: Dewan Semarak, Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya
Anjuran: Dewan Bahasa Dan Pustaka
Dengan Kerjasama:  Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya

Pada 21 November 2017 (selasa) yang lalu Dewan Bahasa dan Pustaka telah menganjurkan Siri Kuliah Kesusasteraan Bandingan Mastera XX 2017  yang bertemakan “ Sastera Bandingan : Mengungkap Permasalahan Sosiobudaya Tempatan, di Dewan Semarak, Akademi Pengaian Melayu, Universiti malaya. Siri kuliah ini telah disampaikan oleh Maman S Mahayana yang lebih mesra dikenali dengan gelaran Bapak Maman.

Berikut merupakan biodata tentang Maman S Mahayana. Beliau lahir di Cirebon pada 18 Ogos 1957. Berkelulusan dari Falkutas Sastra Universitas Indonesia (FSUI) pada tahun 1986. Beliau juga telah mengajar  di Universiti tersebut yang kini dikenali dengan Falkutas Ilmu Pengetahuan Budaya Universitas Indonesia (FIB-UI). Selain Mengajar, beliau banyak melakukan penelitiann dan kegiatan sastera dan budaya.

Siri Kuliah ini juga adalah salah satu kegiatan MASTERA iaitu Majlis Sastera Tenggara yang bertujuan untuk merapatkan hubungan, pengertian dan kerjasama kesusasteraan negara-negara anggota dalam usaha memajukan dan mengembangkan kesusasteraan serantau ke arah menjadi warga sastera dunia dan berwibawa, di samping meyelarasakn kegiatan dan penyelidikan kesusasteraan serantau secara bersepadu. Besesuaian dengan matlamat MASTERA, Siri Kuliah yang diadakan di Dewan Semarak ini telah mempunyai tiga objektifnya iaitu,

          i.  Memberi bimbingan dan pendedahan kepada penyelidik/pengkaji dan karyawan sastera di Asia Tenggara tentang ilmu dan disiplin kesusasteraan bandingan;

        ii. Membina dan meningkatkan kepakaran serta mencetuskan dialog intelektual dalam kalangan  penyelidik/pengkaji dan karyawan sastera;

    iii.    iii.  Menerbitkan bahan kuliah untuk dijadikan bahan rujukan tentang kesusasteraan bandingan bagi para pelajar dan khalayak sastera.

Siri Kuliah yang disampaikan oleh Maman S Mahayana ini mempunyai 6 bab bahan diskusi, bab yang pertama membincangkan tentang “ Problem Konseptual Sastra Bandinga” . Kedua,  “ Pintu Masuk Budaya: Studi Kasus Romeo Dan Julia, Sonezaki Shinju, Uda dan Dara”. Bab 3 pula membincangkan tentang “ Sutan Baginda Di Antara Perempuan Melayu Papua, Dan India” . Seterusnya dalam bab 4 pula membincangkan tentang “ Kultur Jawa dan Melayu dalam Cerpen Danarto dan Mana Sikana” . Bab 5, “Nilai Budaya dalam Serita Rakyat Korea dan Indonesia”. Bab yang terakhir pula membincangkan tentang “ Pantun Sebagai Potret Sosial Budaya Tempatan : Perbandingan Pantun Melayu, Jawa,  Madura, dan Betawi”.




Lampiran:

Suasana dan susun atur kedudukan dalam Dewan Semarak 

Bahan yang dibincangkan semasa sesi kuliah

Add caption

Maman S Mahayana atau Bapak Maman sedang mengdiskusi bahan kuliah





Penyampaian Cenderamata dan sesi bergambar 

Sunday, December 3, 2017

Ulasan Cerpen

Sebatang pen 
karya Abd Rahmat Che Mat

Cerpen ini menceritakan tentang Napi yang akan pergi ke Mekah. Namun begitu, dia teringat tentang pesanan Ustaz Zuki yang mengatakan setiap sumber yang digunakan oleh Napi untuk pergi ke Mekah perlulah daripada sumber yang halal. 

Napi teringat tentang perbuatannya yang mencuri pen di kedai Pak Abu semasa dia darjah lima. Keadaan keluarga Napi yang miskin menyebabkan dia terpaksa mencuri pen tersebut untuk digunakan ketika di sekolah. Napi mengimbas kembali jasa pen tersebut kepadanya. 

Napi menggunakan pen itu selama 30 tahun sehinggalah pen tersebut rosak. Pen itu digunakan ketika menjawab peperiksaan di sekolah rendah, sekolah menegah, di universiti sehinggalah Napi menjawat jawatan sebagai seorang pegawai tadbir dan diplomatik (PTD).

Disebabkan rasa bersalahnya kepada Pak Abu, Napi pergi berjumpa Pak Abu yang sudah uzur itu untuk memberitahu tentang pen yang dicurinya serta menggantikannya dengan sebatang pen Parker.

Pak Abu menghargai sifat keikhlasan Napi yang tidak malu untuk mengaku bahawa dia mencuri pen itu walaupun Napi sudah menjawat jawatan besar. Pak Abu juga memaafkan Napi serta menghalalkan pen tersebut. Napi berasa lega dan lapang setelah memberitahu kepada Pak Abu dan dimaafkan oleh Pak Abu.

Pada pendapat saya, cerpen ini mengandungi banyak pengajaran yang boleh dicontohi oleh orang ramai. Sikap Napi yang jujur kepada Pak Abu tersebut perlu dicontohi kerana Napi tidak malu untuk mengaku walaupun dia mencuri pen tersebut. Perbuatan mencuri itu tidak sepatutnya dilakukan walaupun kita berada dalam keadaan yang miskin. Selain itu, sikap Napi yang tidak mengambil mudah sesuatu perkara juga boleh dicontohi. Walaupun isteri Napi mengatakan barang yang dicuri Napi hanyalah sebatang pen, namun Napi telah rasa bersalah yang pergi meminta maaf kepada Pak Abu. Penulis juga menggunakan bahasa yang mudah difahami untuk menyampaikan cerita.

kredit:

Friday, November 17, 2017

Ikan kekek mak iloi-iloi

video ini dibuat menggunakan aplikasi stop motion, sebagai tugasan kami untuk tutorial bagi subjek E-sastera dengan menggunakan lagu rakyat sebagai elemen utama.

Lagu yang dipilih untuk tugasan ini adalah lagu rakyat ikan kekek mak iloi-iloi. 


Ikan kekek mak iloi-iloi


Ikan kekek mak iloi-iloi 
Ikan gelama mak ilai-ilai 
Nanti adik mak iloi-iloi 
Pulang sama mak ilai-ilai 

Tenang-tenang air di laut 
Sampan golek mudik ke tanjung 
Hati terkenang mulut tersebut 
Budi yang baik rasa dijunjung 

Ikan kekek mak iloi-iloi 
Ikan gelama mak ilai-ilai 
Nanti adik mak iloi-iloi 
Pulang sama mak ilai-ilai 


Dari mana burung melayang
Dari paya turun ke padi
Dari mana datangnya sayang
Dari mata turun ke hati

Ikan kekek mak iloi-iloi


Anda juga boleh menonton di youtube dengan klik di link ini:

https://youtu.be/vlFk6zkkavY






Nama ahli kumpulan :

 Hau lee yee
 Nurain Amiera binti Abdullah
 Nurul Hafizah binti Azhar
 Nur Habibah binti Ahmad suhimi
 Zuriatul Solihah binti Ruslan

                             Ulasan Cerpen


Ibu, Maafkan Aku!
Oleh: Nurhidayah Johari
                                                    
            Cerpen yang dipilih ialah Ibu, Maafkan Aku! karya Nurhidayah Johari. Cerpen ini mengisahkan dua orang adik beradik yang derhaka kepada ibunya. Ibunya bernama Imah yang berusia 58 tahun merupakan seorang ibu tunggal manakala ayah mereka telah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya semasa mereka masih kecil. Imah merupakan seorang wanita tua yang tabah kerana membesarkan anak-anaknya tanpa seorang suami disisi. Pelbagai dugaan dan cabaran yang dilalui oleh Imah ketika membesarkan anak-anaknya. Anak sulung Imah, watak abang mempunyai sikap yang kurang ajar kerana tidak menghormati ibunya dan sering bercakap kasar sehingga Imah berkecil hati. Anak kedua Imah, Dania pula merupakan seorang pelajar yang baik dan rajin semasa di Malaysia telah berubah sikap kepada pelajar yang bermasalah setelah menyambung pelajaran di London. Penulis cerpen ini juga menggambarkan Dania telah menerima kejutan budaya apabila dia tidak lagi bertudung dan mengamalkan budaya pergaulan bebas semasa di UK. Dania juga telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai anak kerana tidak menghubungi ibunya di Malaysia selama beberapa bulan. Cerpen ini berakhir dengan penyesalan apabila Imah meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan kes langgar lari dan anak-anak Imah tidak sempat meminta maaf kepadanya.
            Pada pendapat saya, cerpen ini mempunyai banyak pengajaran untuk anak-anak muda pada hari ini. Cerpen ini dapat membuka minda golongan muda supaya menghargai ibu bapa dan berbakti kepada mereka semasa mereka masih hidup. Selain itu, cerpen ini bertemakan pengorbanan seorang ibu dalam membesarkan anak-anaknya. Dari segi gaya bahasa yang digunakan oleh penulis cerpen, bahasa yang digunakan mudah difahami dan memberi kesan yang mendalam terhadap emosi pembaca. Secara ringkasnya, penulis berjaya memberi kesan terhadap emosi pembaca apabila membaca cerpen ini. Seterusnya, cerpen Ibu, Maafkan Aku! ini juga perlu ditambah jalan ceritanya agar lebih menarik untuk dibaca. 

Cerpen ini telah diambil dari blog penulisan2u.com
Kredit:           

Thursday, November 16, 2017

Pantun nasihat kanak-kanak

pantun nasihat kanak-kanak


Mak Timah melipat kain,
Bersama baju kain dilipat,
Saling menolong satu sama lain,
Hidup bermuafakat membawa berkat.

Rusa bertina berbelang kaki,
Mati terkene jerat sembat,
Orang yang muda kita sanjungi,
Orang yang tua kita hormati.

Ayam jantan patah taji,
Mari dihantar ke pinggir kota,
Sikap menolong patut dipuji,
Menjadi pengangan hidup kita.

Emak Ani membeli halia,
Adik memesan membeli laksa,
Jadilah insan berhati mulia,
Baik hati berbudi bahasa

Anak kera berpaut di dahan,
Mati disengat sang tebuan,
Bila orang dalam kesusahan,
Hendaklah kita menghulur tangan.


pantun nasihat kanak-kanak




## Anda juga boleh menonton video ini di you tube dengan klik pada link ini,  


pantun nasihat kanak-kanak


Komen anda amat kami hargai........






Syair beradab dengan ibu bapa

Syair beradab dengan ibu bapa


Ibu dan bapa insan mulia
Sayangi mereka setiap masa
Mohonlah restu daripada mereka 
Hidup berkat lagi berjasa


Taat dan patuh suruhan mereka
Berlemah lembut rendahkan suara
Jangan membantah mengherdik mereka
Hormati kasihi lah kedua-duanya

# Berikut merupakan syair yang bertemakan didikan awal kanak-kanak supaya mereka beradab ketika bersama ibu-bapa











#Anda juga boleh menonton video ini di youtube dengan klik pada link di bawah ini.https://youtu.be/4S49ry05Mvc