SIRI
KULIAH KESUSASTERAAN BANDINGAN MASTERA XX 2017
“ SASTERA BANDINGAN: MENGUNGKAP
PERMASALAHAN SOSIOBUDAYA TEMPATAN”
Oleh:
MAMAN S MAHAYANA
Tarikh: 21 November 2017 (Selasa)
Masa:
9.00 Pagi – 1.00 Tengah Hari
Tempat: Dewan Semarak, Akademi Pengajian
Melayu Universiti Malaya
Anjuran: Dewan Bahasa Dan Pustaka
Dengan
Kerjasama: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
Pada 21 November 2017 (selasa)
yang lalu Dewan Bahasa dan Pustaka telah menganjurkan Siri Kuliah Kesusasteraan
Bandingan Mastera XX 2017 yang
bertemakan “ Sastera Bandingan : Mengungkap Permasalahan Sosiobudaya Tempatan,
di Dewan Semarak, Akademi Pengaian Melayu, Universiti malaya. Siri kuliah ini
telah disampaikan oleh Maman S Mahayana yang lebih mesra dikenali dengan
gelaran Bapak Maman.
Berikut merupakan biodata tentang
Maman S Mahayana. Beliau lahir di Cirebon pada 18 Ogos 1957. Berkelulusan dari
Falkutas Sastra Universitas Indonesia (FSUI) pada tahun 1986. Beliau juga telah
mengajar di Universiti tersebut yang
kini dikenali dengan Falkutas Ilmu Pengetahuan Budaya Universitas Indonesia
(FIB-UI). Selain Mengajar, beliau banyak melakukan penelitiann dan kegiatan
sastera dan budaya.
Siri Kuliah ini juga adalah salah
satu kegiatan MASTERA iaitu Majlis Sastera Tenggara yang bertujuan untuk
merapatkan hubungan, pengertian dan kerjasama kesusasteraan negara-negara
anggota dalam usaha memajukan dan mengembangkan kesusasteraan serantau ke arah
menjadi warga sastera dunia dan berwibawa, di samping meyelarasakn kegiatan dan
penyelidikan kesusasteraan serantau secara bersepadu. Besesuaian dengan
matlamat MASTERA, Siri Kuliah yang diadakan di Dewan Semarak ini telah mempunyai
tiga objektifnya iaitu,
i. Memberi
bimbingan dan pendedahan kepada penyelidik/pengkaji dan karyawan sastera di Asia
Tenggara tentang ilmu dan disiplin kesusasteraan bandingan;
ii. Membina
dan meningkatkan kepakaran serta mencetuskan dialog intelektual dalam kalangan penyelidik/pengkaji dan karyawan sastera;
iii. iii. Menerbitkan
bahan kuliah untuk dijadikan bahan rujukan tentang kesusasteraan bandingan bagi
para pelajar dan khalayak sastera.
Siri Kuliah yang disampaikan oleh
Maman S Mahayana ini mempunyai 6 bab bahan diskusi, bab yang pertama
membincangkan tentang “ Problem Konseptual
Sastra Bandinga” . Kedua, “ Pintu Masuk Budaya: Studi Kasus Romeo Dan
Julia, Sonezaki Shinju, Uda dan
Dara”. Bab 3 pula membincangkan tentang “
Sutan Baginda Di Antara Perempuan Melayu Papua, Dan India” . Seterusnya
dalam bab 4 pula membincangkan tentang “ Kultur
Jawa dan Melayu dalam Cerpen Danarto dan Mana Sikana” . Bab 5, “Nilai Budaya dalam Serita Rakyat Korea dan
Indonesia”. Bab yang terakhir pula membincangkan tentang “ Pantun Sebagai Potret Sosial Budaya
Tempatan : Perbandingan Pantun Melayu, Jawa,
Madura, dan Betawi”.
Lampiran:
![]() |
Suasana dan susun atur kedudukan dalam Dewan Semarak |
![]() |
Bahan yang dibincangkan semasa sesi kuliah |
![]() |
Add caption |
![]() | ||
Maman S Mahayana atau Bapak Maman sedang mengdiskusi bahan kuliah
|